Sunday 11 December 2011

Coret2 kehidupan

bar 


Assalamualaikum....agak lama saya tak mencoretkan kalam diruangan ini....alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh allah untuk saya menulis tinta ini...hidup..Allah itu maha adil...kenapa saya menulis tentang tajuk ini kerana saya ingin berkongsi tentang 3 peristiwa yang bagi saya amat besar makna pada bulan yang lepas ...the 2 memories that I very2 remember that is 1 muharam,my birthday n saya dapat nephew baru..girl lagi..thats mean saya akan naik satu lagi tangga..tangga batu ker...hehe..nope tangga heararki kuarga yg baru.MAK LONG..hehe tue gelaran yg baru sya sandang..rasa gembira and bahagia..nak tahu nama my nephew saya tue..namanya Nur Qurattunain'Zahra ......emm maksud dier saya tak ingat lorh...hoho...=)



                                                comel bangat....tapi asal awk suka tido.....huhuhu


1 muharam rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan salam  muharam...salam permulaan tahun baru...mungkin tak ramai yg ingat tentang tahun ini...saya juga adalah salah seorg yg hampir lupa tentang awal muharam.....tapi mungkin allah itu mengetahui yg hamba ini sering terleka n alpa..tergerak hati saya untuk melihat fb then time tue saya diingatkn oleh sepupu saya...Allhamdulillah....thankz my cousin izzah bahari...luv her so much....=)




1 muharam ini bermakna saya mesti menanan azam baru...tapi saya tak tahu apakah azam saya pada tahun ini,...saya masih berharap agar allah terus memberi hidayah n pertunjuk pda saya agar saya mendapat cahaya maradhatillah....cahaya untuk menuju ke jannahnya....tapi saya masih insan yg perlu bimbingan dan serba kekurangan..saya ingin berubah kepada insan yang lebih baik..saya tidak ingin terus diulit dengan keseronokan dan kejahilan...saya ingin berjaya di dunia n akhirat..inshallah..saya akan cuba berubah untuk menjadi lebih baik...inshaallah...inshaallah...hope Allah permudahkan segala urusan saya..=)

Then yang terakhir ialah birthday saya 28 haribuln 11 yg lepas.....kepada kwn2 yg sudi menulis happy birthday pada saya walaupun 2 perkatan amat bermakna bg saya...terima kasih kepada mereka2 yg sudi untuk wish birthday saya..may allah bless u all....ini bermakna genap sudah umur saya kepada 21 tahun....selama 21 tahun saya hidup didunia ini saya menghitung hari untuk bertemu kembali pada pencipta..saya tak tahu berapa lama lagi saya akan hidup di ats muka bumi ini...kalau diamal hitung amalan saya belum tentu saya layak untuk masuk ke jannah nya...terlalu banyak dosa yg saya lakukan sehingga saya takut kalau allah tidak terima amal ibadat saya...saya takut kalo mati dalam kehinaan dan saya takut kalo mati dalam kekhafiran..Semoga Allah tidak membolak-balikkn hati saya setelah Allah memberikan hidayah pada saya......Thanks a lot kepada ibunda tercinta kerana telah banyak berjasa dan bersabar dengan karenah anakmu ini..tanpa ibunda tidak mungkin saya akan lahir kedunia ini...9 bulan dalam kandungan ibunda menjaga saya dengan begitu payah sekali..malah selepas dilahirkan ibunda tetap menjaga saya sehingga saya menjejaki ke usia 21 tahun...jasa ibunda tidak mampu saya balas dengan kata2 mahupun wang ringgit...hanya doa yang dapat saya selalu kirimkan kpd ibunda....saya takut kalo saya tidak dapat menjadi anak yg boleh dibanggakan olehnya..tapi saya akan terus mencuba n mencuba..menjadi anak yang solehah untuk ibu saya..inshaallah.....Semoga ibunda tercinta mendapat maghfirah menuju ke jannah nya...inshaallah...

Saturday 10 December 2011

Masa silam yang kelam


Bismillahirahmanirahim......Dengan nama allah yang maha pengasih dan lagi penyayang..Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa.Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dan dosa....

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,pastikan hari ini bangkit Bertahajud merintih memohon keampunan daripada illahi.Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah AKAL terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu Al-Quran dan Hadis....

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah manuju illahi sentiasa maju kehadapan. Moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati Anugerah Syurga Abadi...

Monday 5 December 2011

Hipokrit or not Allah lebih mengetahui....juz be silent n patient....

 
 Hidup......benarlah manusia ini hipokrit....Bila kita menulis entry kita dikatakan memalukan n mengaibkan mereka2...tetapi bile semua perkara mereka ceritakn kepada org lain itu bukan mengaibkan org lain juga ker.....kita dikatakan pakai tudung litup2 tapi dalam busuk macam bangkai..tanpa sedar kadang-kala kata2 mereka2 itu pown tercalit juga apa yang mereka katakan kepada orang lain...mana pulak maruah mereka2 sebagai hamba allah.....pelik dengan manusia akhir zaman ini...suka untuk memalukan org lain....tanpa sedar allah juga membuka keaiban mereka........biarlah..segala yang berlalu jadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan...kita ini umpama pelakon yang melakonkan watak di muka bumi ini.....dihidupkan untuk menambah amal ibadat kita yang kurang...bukan untuk mencari kesalahan dan keaiban orang...banyak lagi perkara yang patut kita fikirkan dari memikirkan perkara2 yg mazmumah ini....bangkit dari segala kelemahan dan jadikn ini sebagai pengajaran....sabar dan redha akan apa yang berlaku n for u jangan fikirkan sangat..biarkan mereka dengan agenda mereka....doakan semoga allah memberi pertunjuk kepada mereka2 itu dan diri awak juga....ALLAH adalah sebaik2 pertolongan.....inshaallah...

Tuesday 22 November 2011

Perkongsian Bersama

 

Soalan 1
Boleh tak jikalau kita mengumpat atau mendengar atau berprasangka dan mempercayai sesuatu berita mengenai keburukan seseorang itu sehingga kita membencinya walaupun dia tidak pernah cari pasal dengan kita?
Jawapan 2
   ish..ish.. janganlah kita terjebak dalam agenda syaitan yang selalu membisikkan agar kita sering bermusuhan antara satu sama lain. Bahkan bila diselidik rupa-rupanya berita itu hanya khabar angin sahaja. Kita patutlah risaukan diri kita jika kita mempercayainya apa kesan buruk yang akan kita hadapi. Tidak takutkah pahala kita diambil dan diberikan kepada orang yang tekena umpatan tersebut?
  
 Cuba kita fikirkan balik jika kita disituasi orang yang terkena umpatan itu. Bukankah dia akan merasa sedih. Tup tup cerita itu hanya orang yang iri hati dengannya sahaja. Dah senang-senang dia dapat pahala dan kita pula senang-senang dapat dosa.

  Jika ada orang yang ingin memulakan babak fitnah atau mengadu domba cepat-cepatlah cut percakapan dia atau pergi dari tempat itu agar kita terhindar dari kelompok tersebut. Kita haruslah sedar sebenarnya secara tidak sengaja ketika kita membuka keaiban orang diwaktu yang sama Allah juga membuka keaiban diri kita tanpa kita sedari. Sebab itulah Allah maha adil. Harus diingat Allah sentiasa membayar setiap perlakuan kita dengan “cash” didunia tanpa kita sedari dengan pelbagai bentuk dan cara.
  
   Habis tu macamana pula mengumpat yang dibolehkan…ermm… boleh jika hendak dijadikan tauladan tetapi hendklah kita menyembunyikan identiti fulan bin fulan agar kita dapat menjaga maruah dia sebagai manusia dan hamba Allah.


  Sampai begitu sekali ker? Ye… disebabkan mungkin dikemudian hari dia akan bertaubat dan mungkin menjadi lebih baik daripada diri kita. Siapa tahu, semuanya sudah termaktub pada qada dan qadar Allah.
Sepertimana firman Allah:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum(lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tetntu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat, lagi maha penyayang.” (Al-Hujurat;11-12)

Wednesday 16 November 2011

wordless


                                                             
                                                 
          Assalamualaikum.....dengan nama Allah yg maha penyayang n maha pemurah...diberikan kesempatan oleh Allah  untuk aku menaip blog yg ku sygi ini....hari ini keputusn my brother akn keluar tok upsr..hope die akan berjaya..inshaallah....hari ini aku dah rasa semakin teng...n aku berharap ketenangan ini akan sampai bila2...inshaallah..Hope Allah mengampunkan segala dosa2 ku sama ada yg  nampak atau perkara yg tidak aku ketahui...Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan,kesihatan dan juga dugaan demi dugaan yg kau berikan...hope pas nie aku lebih tabah n kuat semangat untuk menghadapi segala dugaan yg allah berikan...aku meredhai segalanya ya allah...Aku berharap mulut ku tidak mengeluarkan kata2 yg boleh menyebabkn aku terhumban ke neraka mu ya allah..teruskanlah aku dengan istiqomah kepada mu ya allah...aku mohon kau tunjukkn aku ke jalan yang lurus yg kau redhai Ya Allah..lapangkan lah dadaku dengan segala tomahan yg aku terima Ya Allah...Semoga aku sentiasa berada dijalan mu semoga aku menjadi hamba yg selalu bersyukur atas nikmat yg kau berikan ya allah...ingat kn aku dengan kata2 ini Ya Allah.
inamaal usri yusra ..sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan........=)bersangka baik pada allah inshaallah allah no what to do.....AMIN.......

Wednesday 2 November 2011

Mengingati Hari Akhirat

   Ibnul Qayyim berkata:"Jika pemikiran seseorang benar ,sudah tentu dia akan memperoleh bashirahnya,iaitu cahaya di dalam hati.Dengan cahaya ini dia dapat mengetahui janji dan ancaman,syurga dan neraka,dan mengetahui sesuatu yang dijanjikan Allah bahawa ini adalah untuk para waliNya atau para musuhnya.

  Dia juga dapat mengetahui orang-orang yang keluar dari kubur untuk memenuhi panggilan kebenaran para
 malaikat  turun dari langit lalu mengepung mereka,Allah datang menurunkan singgahsanaNYA untuk melaksanakan hukuman.Bumi memencarkan cahayanya,buku catitan diletakkan,para nabi dan syuhadak dihadirkan,timbangan diturunkan,orang-orang yang saling bermusuhan dikumpulkan,orang yang berhutang ditenukan dengan orang yang memberi hutang,orang ramai yang kehausan sangat ramai.Jambatan dihamparkan lalu orang-orang disuruh menyeberanginya,orang-orang yang jatuh ke dalamnya sgt ramai,begitu pula orang-orang yang selamat darinya.
 Dengan cara seperti ini hatinya akan segera terbuka dan seakan-akan dia dapat menyasikan semuanya itu dan menghadirkan pemandangan tentang hari akhirat ke hatinya,dia tahu kekalan akhirat dan kehancuran dunia....

Ya Allah berikanlah hidayah kepadaku...jauhkan aku dari kejahilan..dan tunjukkn aku jalan kebenaran.....Ampun kan dosa2 ku Ya ALLAH......

Monday 31 October 2011

Sahabat Yang Baik Adalah Cermin Bagi Diri Kita




Sahabat itu merupakan cermin bagi diri kita kan? bila kita lakukan kebaikan, ada sahabat yang menghargai lantas memuji. Ada juga sahabat yang mengeji dan mencaci dek kerana hasad dengki.
Bagiku, antara ciri sahabat yang baik ialah :

1. Tutur Kata Sopan
2. Akhlak menjadi ikutan
3. Setiap kata-katanya berhikmah
4. Jujur dalam persahabatan
5. Menghargai sahabat
6. Budi Pekerti Mulia
7. Bersifat terbuka dan menerima pendapat orang lain
8. Pandai mengambil hati
9. Memberi sepenuh kepercayaan terhadap orang lain

Memang kutahu, aku ini bukanlah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun begitu, aku mencuba sedaya upaya menjadi sahabat yang terbaik. Aku berharap agar aku dapat menjadi seorang Sahabat yang dengan persahabatan itu akan mendapat KEREDHAAN Allah swt.

Terdapat beberapa orang sahabat yang kukenali yang banyak memberi kata-kata yang berhikmah di saat aku perlukan semangat untuk terus melangkah. Mungkin boleh kukongsikan :

Mesej Pertama ( 6 Ogos 2010 11:41:45 PM ):
Pertama..ingat yang semua ni'mat yang Allah bagi kepada kita, Allah tidak meminta sebarang balasan atau bayaran.. Kita kena ingat yang kita ini hanya hamba sahaja.. Takde effect ape pun kalau kita tak beriman atau beriman dengan Allah. Sebab Allah memiliki segala kesempurnaan. Jadi, Sebagai Hamba, Kita kena la sedar diri sendiri dan berterima kasih kepada tuan yang telah memberi kita pelbagai ni'mat. Kedua, Semua Ujian yang kita dapat ada hikmahnya. Mungkin kita akan dapat kebaikan daripada ujian itu. ALLAH lebih tahu apa yang kita tidak mengetahui. Ketiga, banyakkan membaca Al-Quran dan tafsirnya (untuk melapangkan hati)

Mesej Kedua ( 7 Ogos 2010 01:52:50 AM ) :
Allah berfirman. Jika dihitung ni'mat Allah yang diberikan.Takkan mampu kam menghitungnya.
(Sahabat meminta aku merujuk beberapa firman Allah di dalam al-quran)

1. Al-Baqarah ayat 214
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal sebelum datang keadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

2. Al-Baqarah ayat 216
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

3. Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Mesej Ketiga ( 25 Ogos 2010 12:38:33 am ) :

Jagalah 7 SUNNAH RASULULLAH s.a.w.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca al-quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya mata melihat Al-Quran sebelum melihat dunia.
3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.
4. Jaga Solat Dhuha (pintu rezeki)
5. Jaga sedekah setiap hari
6. Sentiasa jaga wuduk
7.Amalkan istighfar setiap saat

Mesej Keempat ( 7 Sept 2010 07:06:10 AM ) :
"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari.. Itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh kekurangan, Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan, Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.. Kita kan khalifah, Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.. Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering mengahadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita tertunduk menangis hiba..? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkah mu terus teguh menuju jalanNya..."
Jadi.. apakah kita cermin yang elok atau tidak bagi sahabat kita? Jadilah cermin yang memantulkan wajah yang mempunyai nur(cahaya) yang mana akan menyinari kehidupan sahabat itu untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah di muka bumi ini. Salinglah tegur menegur dan membaiki apa yang kurang.

Aku amat bersyukur kerana Allah memberikan aku sahabat yang baik..dan aku juga bersyukur kena allah memberikan aku banyak dugaan dalam persahabatan...aku slalu berfikir aku bukan sahabat  yang terbaik tapi alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang sangat baik..ketika aku kesedihan mereka la tmpat aku mengadu dan mencurahkan isi hati ku....tapi aku percaya pada allah..kerana dia adalah tempat untuk bergantung segala harapan... .rasa nak menangis apbila diri diuji dengan kawan2..tapi tanpa sedar masih banyak lg kawan yg selalu memberikan aku semangat n kekuatn untuk bangkit dari segala kelemahan......ya allah bantulah aku ap yang aku tidak tahu..ya allah bantulah aku dlm mencari keredhaanmu........Amin


                                                                   ANIS n AZIE

                                                             Hasanah n Maream n Me
hope ukhwah kami akn terus bersama hingga ke syurga firdausi....inshaallah....

Amalkan Qiyamulalil Kerana Terdapat 10 Kebaikan di Sisi Allah SWT



Assalamualaikum alhamdulillah diberikn oleh allah kesihatan dan nikmat kehidupan untuk aku meneruskan perjalanan ini...ku kongsikan bersama anda semua khafiat qiamulalil...bukan senang untuk kita melakukan nya...termasuk diri ini..tapi
inshaallah kita cuba yang terbaik untuk sisa2 kehidupan di muka bumi ini...inshaallah..

Oleh: Ustaz Abu Basyer
لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒ
سْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin hati dan jiwanya sentiasa cinta dan kasih kepada Allah SWT. Dalam hidupnya tidak ada tempat lain untuk diserahkan jiwa dan raganya melainkan kepada Allah SWT , iman dan tawakalnya, pergantungan dan harapannya , doa dan munajatnya seratus peratus diserahkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW terdapat wasilah untuk seorang mukmin sentiasa istiqamah dan berkekalan hubungan hatinya dengan Allah SWT iatu dengan qiyamulalil diwaktu malam hari.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Hendaklah kamu qiamlalil (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Terdapat 10 kebaikan dan hikmah qiyamulalil iaitu :

Pertama : Pahala mereka tidak terhalang.

Firman Allah SWT bermaksud:"Mereka itu tidak sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) sebagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh. Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa."(Surah Ali Imran ayat 113 - 115)

Kedua : Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.

Firman Allah SWT bermaksud:"Katakalah : 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan ada pula isteri-isteri yang disucikan serta keredaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka. Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur."(Surah Ali Imran ayat 15 - 17)

Ketiga : Allah SWT mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.

Firman Allah SWT bermaksud:"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh Malaikat." "Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."(Surah Al Isra' ayat 78 - 79)

Keempat : Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud:"Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka."(Surah al Furqan ayat 63 - 64)

Kelima : Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.

Firman Allah SWT bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka bersyukur dan sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Lambung atau perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Seseorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(Surah as Sajadah ayat 15 - 17)

Keenam : Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud:"(Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(Surah Az Zumar ayat 9)

Ketujuh : Mempunyai sifat kesabaran.

Firman Allah SWT bermaksud:"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang."(Surah Qaaf ayat 39 - 40)

Kelapan : Senang berkorban dan membantu orang-orang miskin.

Firman Allah SWT bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan."(Surah Az Zariyat ayat 15 - 19)

Kesembilan : Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). (Surah Ath Thur ayat 48 - 49)

Kesepuluh : Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."
(Surah al Muzzammil ayat 1 - 6)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT di atas jelaslah kepada kita betapa besarnya kebaikan, ganjaran dan hikmah yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bangun diwaktu malam untuk qiyamulalil dan solat tahajud, berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil. Inilah ciri-ciri ahli syurga dan ciri-ciri mukmin yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT ketika di dunia ini. Oleh itu jadikanlah qiyamulalil sebagai ibadah tambahan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan untuk mendapat balasan syurga di akhirat nanti.;

Semoga allah sentisa bersama kita …....................................ALLAH tahu ap yg kita tak tahu...

Thursday 6 October 2011

Dia Untukku

  Alhamdulillah..diberikan allah kesempatan untuk jari2 ini menaip di warkah tidak bernyawa ini...Assalamulaikum wadah pembangunan ummah...dikesempatan ini ingin rasanya aku mencoret sedikit rasa hati yang kadang-kala sering membelenggu diri ini dan maybe kowt rakan2 yg masih mencari2 dimana sang kumbang anda atau di mana imam anda..hehe.akhirnya aku jumpa jalan penyelesaian.....''DIA UNTUKKU”..tak pernah aku terfikir untuk mencoretkan kalam ini..tetapi rancangan semanis kurma pada malam kelmarin amat menyentuh hati sanubari ini..ok I start the story k...bermula seawal pg kelmarin aku membuka fb...then time tue aku terlihat page dimana imam muda ashraf dan isterinya akn menjadi tetamu undangan program semanis kurma...seriously aku mmg tak pernah tngk program tue kalo ader pown maybe sekali 2....tue pown aku tak ingat tajuk apa...tapi mlm kelmarin hatiku terpanggil untuk menyaksikan program itu..nk tahu knape..ok aderr 3 sebab knapa aku nk sgt tgk program tue.

1.Of cOz Tajuk program tue “Dia Untukku''
2.A ku nak sgt tgk isteri Imam Muda Ashraf
3.Aku nk sgt tgk citer tue supaya aku dapt guide line tok cari imam aku plak...

   Mesti korg terfikir ehh gatal sgt plak budak nie nk cari boyfriend..hello aku bkn gatal sgt k..tapi aku nk cari ilmu didada agar aku dapat mencari imam aku dunia n akhirat...nak tahu knapa aku ckp mcm tue ok time aku tgk semanis kurma tue korg tau sapa yg teman aku..dalam umh aku ader 10 org termasuk aku la kan..6 budak melayu,3 india n 1 cina..hah we all stu malaysiakan..tp tue tak pntg..juz nk bg tau sorg budk cina n 3 org bdk india tue la yg teman aku tgk semanis kurma...hah mesti korg tak percaya kan tapi itulah hakikat...walaupun secara tak langsung tapi aku tgk diorg bg feedback yg baik siap tanya aku lagi zila awk nie gatal sgt..dah nk kawin ker.macm mana calon awk tue...hahaha..rasa klaka jer...aku nie boyfriend pown tak der cam ner la nk kawin..tapi diorg ar wat aku terfikir betol gak cam ner nk kawin nie boyfried pown tak der..huahuahua..ehhh perlu ker aku menangis..Tak perlu k...sebab jodoh tue Allah dah tetapkan sejak di loh mahfuz lg....yang kita mampu lakukan ialah berdoa semoga berjumpa dengan jodoh yg terbaik untuk diri kita...

   Owh lupa nk ckp aku rasa kan..bkn ap yg korg rasa..isteri imam muda tue amat lembut org nya,dari air mukanya aku pasti dia adalah daripada golongan yg baik2 dan yang paling penting diorang tak pernah bercinta k dan berkawin pas tue baru bercinta..indahnya ...seawl perkenalan sudah menterbiah diri..kita plak cam ner..?? Huallah Hualam...mmg sgt sesuai mereka ber2 tue.Ustazah Husna dan Ustaz Ashraf....Me......??..haha aku letak tanda soal tue untuk mencari jawapan..macam la ader yg nk tolong jawabkn kan...k la bio aku jawabkan....tidak perlu mencari suami semulia Nabi Muhammad S.A.W,Setampan Saidina Ali kerana yg aku inginkan hanya lah seorg suami yg soleh,penyejuk di mata,penenang dihati,dengannya aku rasa disyangi,dengannya aku rasa mencintai dan dengannya aku rasa syurga milik kami..inshaallah..inshaallah...
                                                
                                                 Jalan-jalan pergi ke Taman
                                           Nak pilih Jodoh biarlah yang beriman

    Hah pandai pulak kan aku berpantun..hehe..tue gak pantun semanis kurma mlm kelmarin la nie....Berbalik pada program tue ap yg aku pelajari pada hari ini..Elakkan maksiat..kerana maksiat mengundang kermukaan illahi..bila allah tak redha..jodoh tak kn berpanjangan...carilah redha ibu bapa kerana disitu letak kebahagiaan,nk kawin bukan setakat sehari due ttpi untuk ke syurga yang hakiki...sebelum mencari lelaki yg soleh cubalah untuk menjadi yang solehah..Allah telah jenjikan lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik ..oleh itu persiapkan diri agar berjumpa cinta yang hakiki tapi jangan dilupa cinta pada Ya RoBBi..hati IKHLAS pasti berbalas.Bersangka baik pada ALLAH, inshaallah ALLAH akan bersangka baik pada kita...

    Kesimpulannya...untuk berharap ''Dia Untukku'' mulakan dengan berdoa pada allah agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yg soleh serta berilmu dan Beriman..Berusaha mencari keredhaan allah  di dalam setiap apa yang kita lakukan,membuat istikharah dalam mencari jodoh dan bertawakal kepada Allah agr dipertemukan dengan insan yg menyayangi kita hingga ke syurga firdausi...inshaallah....inshaallah..amin ya rabbala alamin..sekadar perkongsian bg mereka yg mencari guide line untuk  calon suami....termasuk la saya..oleh itu rakan2...skema plak...tak kira la kita nie dah ader ke belum ker yg pasti berdoa dan terus berdoa....inshaallah Allah tahu apa yang kita tak tahu....sekian wasalam........


Friday 22 July 2011

Fasilitator

Fasilitator ....hehe..inilah tajuk entry ku kali ini...nk share sket tntg pengalaman ku menjadi fasilitator di sekolah bainun ..Terlalu banyak sgt pengalaman n memori yang aku kutip sepanjang minggu ini.....

first of all aku ditakdirkan untuk menjadi fasi..bg orang yg biase menjadi fasi mungkin ianya biase2 jer..tp bg aku yang tak pernah lg menjadi fasi ia sgt2 memberi makna pada aku..dengan program tersebut terlalu byk pengalaman yang aku kutip..seolah2 ini memberi kekuatan untuk aku sentiasa berani dalam berhadapn dengan khalayak ramai...ok..perjalanan ku bermula pada 11 haribulan 5 iaitu pada hari isnin dimana aku pergi ke rumeh senior ku untuk menghantar assignment..then time tue aku terlihat yg senior ku tgh mencari lagu yg bersesuaian untuk dimasukkn dalam skrip lakonan yang dihasilkannya.

Lantas tanpa diduga senior ku mengajak ku untuk melihat lakonan nya..skrip..ok n mudah difahami..tapi..yup..bermula la langkah pertama ku kerana allah memberikan sesuatu yng tidak pernah ku duga..yer....mmg sebelum nie aku amat berharap agar dapat pengalaman menjadi fasi alhamdulillah sgt2 apabila aku diberi peluang dan peluang tue tidak pernah sama skali ku mimpikan akan tercapai.tapi memang rezeki aku kowt tak sangka sangat yg senior ku itu mengajak ku untuk turut serta dalam program tersebut kerana mereka kekurangn seorg ahli..alhamdulillah mungkin ini rezeki aku lantas aku tidak menolak pelawaan mereka itu..walau ap pown aku masih sgt2 rendah diri time itu kerana aku takut tak leh bg komitmen yg sepenuhnya dan yang paling aku nervous apabila aku turut diajak oleh senior untuk berlakon bagi persembahan akhir malam kebudayan di bainun nnti.

Tapi alhamdulillah setelah menyertai program dan setelah menjadi pelakon tambahan di mlm kebudayan tersebut aku berasa sangat seronok n berharap peluang itu akan kembali lg dan yang tak leh sgt2 aku lupakan ialah fasi2 yang sgt hapenning hingga tak kering gusi kami nie ketawa dengan pelbagai gelagat fasi2 yang mencuit hati dengan lawk2 yang tak pernah padam dan terlalu banyak experience yg aku dapat dari k.za,k.ceo,k.wawa,k.dayah,a.megat,a.zul,amin,azenil,bidi n a.fazrul.Walaupun program tersebut berlaku sedikit salah faham tapi semuanya berakhir dengan succes syukur alhamdulillah setelah selesai briefing.

Dalam program itu juga aku belajar byk perkara antaranya bagaimana ingin menarik perhatian budak2,semangat berkerjasama,bersatu padu,saling hormat menghormati dan yang paling penting sebelom melakukan sesuatu event kita haruslah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku....n dan perkara yang aku tak leh lupa apabila mereka memanggil aku cikgu zila and rasa terharu apabila seorg budak yang amat pemalu dengan budk2 pompuan ttp memberanikan diri untuk bercakap di khalayak ramai bila disuruh oleh aku walaupun sifat2 malunya terselah tapi alhamdulillah dier tidak menghampakan aku.... rasa sgt kekok dan bertapa hormatnya pelajar2 bainun apabila that time aku tgh dok sapu smpah kat dewan bainun mereka tak membenarkan then berlumba2 ingin mengambil penyapu dari tgn ku.dari situ aku dpt judge bahawa pelajar2 ini sgt2 menghormati kami..tapi perkara yang aku belajar dari adik2 kumpulan aku ialah bile kita menyertai sesuatu perkara jangan fikir menang atau kalah tapi yang penting kita berkejasama dan lakukan dengan bersungguh2 dan yang penting happening.terharu sgt2t bila dengar diorg ckp cam tue.rasa sedih pown ader.ap pown aku tahu mereka dah cuba sedaya upaya.

Kerana kejaayaan tak perlu diukur bertapa besarnya hadiah tapi yg diukur ialah betapa besarnya pengorbanan n semangat yang ditunjukkan.

Alhamdulillah setelah 3 hari 2 malam aku menjalani program tersebut aku pulang dengan sebuah keyakinan dalam diri dan semangat untuk berjaya dalam kehidupan ini..inshaallah...thank kepada semua fasi kerana menerbitkan keyakinan dalam diri saya ini n jasa kalian mengajar n memberi semangat pada saya menyebabkan saya amat2 berterima kasih yang tidak terhingga pada kalian semua..

Monday 11 July 2011

Ukhwah Fisabilillah Inshaallah

    Assalamualaikum...alhamdulillah kerana hari ini aku diberikan kekuatan untuk menulis entry baru...emmm sepanjang perjalanan ku di sem 1..,2..,3 ini terlalu byk kenangan pahit n manis yang aku lalui sepanjang sem ini...terlalu byk sehingga tidak mampu ku ungkapkan dgn kata2...entry ini ku tujukn khas buwat kawn2 yg amat aku cintai n sayangi..ia tanpa korang semua siapalah diri ini..ketahui la sahabat2 ku sepanjang berada bersama kalian terlalu byk kenangan pahit n manis yang aku telan bersama-sama kowank semua...tp itulah cabaran yg harus ku terima..

    Ap pown untuk entry ini aku nk citer sket pngalaman manis aku bersama kowunk...kenangan pahit kita bersama biarlah ia terkubur di dalm laut kerana aku tidak ingin mengutipnya untuk bermusuhan dengan kalian semua...hanya cinta n kasih yang mendalam sahaja yang aku ingin coretkan disini...mungkin diluaranku kadang-kala ader sikap2 ku yg tidak disenangi oleh sesetengah pihak...aku bermohon ribuan ampun dan maaf sgt2...

   Aku syunk kowunk semua smpai aku takut sgt2 kalo kehilangan kowunk semua...ia kadang-kala aku terpaksa mkn hati dgn kata2 kowunk2 semua..tp biar lah hal itu aku telan sorg2....ap pown yg berlaku sepanjang persahabatan kita tidak mungkin dapat aku lupakan..wlaupun sikap aku sedikit kasar..tp di sudut hati ini hanya allah jer yg tahu bertapa aku sgt2 menghargai persahabatan ini..aku bkn nk kwn ngan kowunk setakat kat dunia ini tp aku nk kwn kowunk sampai ke syurga firdausi...maybe kowt aku tak layak nak kwn kowunk semua tp aku ttp nk kwn kowunk semua biarlah org kata pipi aku tersorong2 or tak tahu malu..tp aku ttp nk kwn ngan kowunk semua..

    Aku ingat segala jasa2 baik kowunk..maybe kowt aku tak dapat balas tp aku berdoa semoga allah berada dismping kalian whatever yg kowunk lakukan...always...inshaallah......maafkan diri ini kwn2...andai sepanjang persahabatan kita terlalu byk kekhilafan yg aku lakukn...tanpa kalian tak mungkin aku berada di tahap ini....
aku berharap agar jalinan ukhwah kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat...aku bersyukur sgt kerana mengenali kalian.sgt2 bersyukur.....Hablu minallah Hablu minnannas....hanya bait2 ini sebagai pengganti diri...

    Tulus ikhlasmu luhur budimu tiada pengganti,Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,Memori indah kita bersama terus bersemadi.,Kau sahabatku kau teman sejati...........
  
    Perjuangan kita masih jauh beribu batu.,Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan.,Sedih rasa hati ini mengenangkan kalian.,Bagai semalam ku bersama kalian.......
                                                                      our heart
                                                               shumellll semuanyer....hehe
                                                   fida n k.iera is my beloved friend...
                                                           with my friend in first sem
                                               with my beloved friend or sis..forever n ever
                                                        with syafinah abd rahman..
                                               always help me sma ader suka n duka...

                                                                rakan2 time sem 2....
                                       my heart ponder around with all of you, you all are my best friend !..
                                            love kowunk semua..thankz coz always cook 4 me..hehe
                                       with Anis fadliyana...i can remember u....n u are my bestfriend forever n ever
                                                     azira luv u....hehehe
                                   i will not forget u all forever n ever..u all the best moment that i need to remember until         the end of my time..tahnkz a lot..k.za..,k.mel..anis,azie n semua laaaaa