Monday 31 October 2011

Sahabat Yang Baik Adalah Cermin Bagi Diri Kita




Sahabat itu merupakan cermin bagi diri kita kan? bila kita lakukan kebaikan, ada sahabat yang menghargai lantas memuji. Ada juga sahabat yang mengeji dan mencaci dek kerana hasad dengki.
Bagiku, antara ciri sahabat yang baik ialah :

1. Tutur Kata Sopan
2. Akhlak menjadi ikutan
3. Setiap kata-katanya berhikmah
4. Jujur dalam persahabatan
5. Menghargai sahabat
6. Budi Pekerti Mulia
7. Bersifat terbuka dan menerima pendapat orang lain
8. Pandai mengambil hati
9. Memberi sepenuh kepercayaan terhadap orang lain

Memang kutahu, aku ini bukanlah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun begitu, aku mencuba sedaya upaya menjadi sahabat yang terbaik. Aku berharap agar aku dapat menjadi seorang Sahabat yang dengan persahabatan itu akan mendapat KEREDHAAN Allah swt.

Terdapat beberapa orang sahabat yang kukenali yang banyak memberi kata-kata yang berhikmah di saat aku perlukan semangat untuk terus melangkah. Mungkin boleh kukongsikan :

Mesej Pertama ( 6 Ogos 2010 11:41:45 PM ):
Pertama..ingat yang semua ni'mat yang Allah bagi kepada kita, Allah tidak meminta sebarang balasan atau bayaran.. Kita kena ingat yang kita ini hanya hamba sahaja.. Takde effect ape pun kalau kita tak beriman atau beriman dengan Allah. Sebab Allah memiliki segala kesempurnaan. Jadi, Sebagai Hamba, Kita kena la sedar diri sendiri dan berterima kasih kepada tuan yang telah memberi kita pelbagai ni'mat. Kedua, Semua Ujian yang kita dapat ada hikmahnya. Mungkin kita akan dapat kebaikan daripada ujian itu. ALLAH lebih tahu apa yang kita tidak mengetahui. Ketiga, banyakkan membaca Al-Quran dan tafsirnya (untuk melapangkan hati)

Mesej Kedua ( 7 Ogos 2010 01:52:50 AM ) :
Allah berfirman. Jika dihitung ni'mat Allah yang diberikan.Takkan mampu kam menghitungnya.
(Sahabat meminta aku merujuk beberapa firman Allah di dalam al-quran)

1. Al-Baqarah ayat 214
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal sebelum datang keadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

2. Al-Baqarah ayat 216
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

3. Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Mesej Ketiga ( 25 Ogos 2010 12:38:33 am ) :

Jagalah 7 SUNNAH RASULULLAH s.a.w.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca al-quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya mata melihat Al-Quran sebelum melihat dunia.
3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.
4. Jaga Solat Dhuha (pintu rezeki)
5. Jaga sedekah setiap hari
6. Sentiasa jaga wuduk
7.Amalkan istighfar setiap saat

Mesej Keempat ( 7 Sept 2010 07:06:10 AM ) :
"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari.. Itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh kekurangan, Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan, Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.. Kita kan khalifah, Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.. Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering mengahadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita tertunduk menangis hiba..? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkah mu terus teguh menuju jalanNya..."
Jadi.. apakah kita cermin yang elok atau tidak bagi sahabat kita? Jadilah cermin yang memantulkan wajah yang mempunyai nur(cahaya) yang mana akan menyinari kehidupan sahabat itu untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah di muka bumi ini. Salinglah tegur menegur dan membaiki apa yang kurang.

Aku amat bersyukur kerana Allah memberikan aku sahabat yang baik..dan aku juga bersyukur kena allah memberikan aku banyak dugaan dalam persahabatan...aku slalu berfikir aku bukan sahabat  yang terbaik tapi alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang sangat baik..ketika aku kesedihan mereka la tmpat aku mengadu dan mencurahkan isi hati ku....tapi aku percaya pada allah..kerana dia adalah tempat untuk bergantung segala harapan... .rasa nak menangis apbila diri diuji dengan kawan2..tapi tanpa sedar masih banyak lg kawan yg selalu memberikan aku semangat n kekuatn untuk bangkit dari segala kelemahan......ya allah bantulah aku ap yang aku tidak tahu..ya allah bantulah aku dlm mencari keredhaanmu........Amin


                                                                   ANIS n AZIE

                                                             Hasanah n Maream n Me
hope ukhwah kami akn terus bersama hingga ke syurga firdausi....inshaallah....

Amalkan Qiyamulalil Kerana Terdapat 10 Kebaikan di Sisi Allah SWT



Assalamualaikum alhamdulillah diberikn oleh allah kesihatan dan nikmat kehidupan untuk aku meneruskan perjalanan ini...ku kongsikan bersama anda semua khafiat qiamulalil...bukan senang untuk kita melakukan nya...termasuk diri ini..tapi
inshaallah kita cuba yang terbaik untuk sisa2 kehidupan di muka bumi ini...inshaallah..

Oleh: Ustaz Abu Basyer
لسَّلاَمُ عَلَيْك
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin hati dan jiwanya sentiasa cinta dan kasih kepada Allah SWT. Dalam hidupnya tidak ada tempat lain untuk diserahkan jiwa dan raganya melainkan kepada Allah SWT , iman dan tawakalnya, pergantungan dan harapannya , doa dan munajatnya seratus peratus diserahkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW terdapat wasilah untuk seorang mukmin sentiasa istiqamah dan berkekalan hubungan hatinya dengan Allah SWT iatu dengan qiyamulalil diwaktu malam hari.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Hendaklah kamu qiamlalil (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Terdapat 10 kebaikan dan hikmah qiyamulalil iaitu :

Pertama : Pahala mereka tidak terhalang.

Firman Allah SWT bermaksud:"Mereka itu tidak sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) sebagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh. Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa."(Surah Ali Imran ayat 113 - 115)

Kedua : Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.

Firman Allah SWT bermaksud:"Katakalah : 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan ada pula isteri-isteri yang disucikan serta keredaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka. Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur."(Surah Ali Imran ayat 15 - 17)

Ketiga : Allah SWT mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.

Firman Allah SWT bermaksud:"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh Malaikat." "Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."(Surah Al Isra' ayat 78 - 79)

Keempat : Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud:"Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka."(Surah al Furqan ayat 63 - 64)

Kelima : Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.

Firman Allah SWT bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka bersyukur dan sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Lambung atau perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Seseorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(Surah as Sajadah ayat 15 - 17)

Keenam : Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud:"(Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(Surah Az Zumar ayat 9)

Ketujuh : Mempunyai sifat kesabaran.

Firman Allah SWT bermaksud:"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang."(Surah Qaaf ayat 39 - 40)

Kelapan : Senang berkorban dan membantu orang-orang miskin.

Firman Allah SWT bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan."(Surah Az Zariyat ayat 15 - 19)

Kesembilan : Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). (Surah Ath Thur ayat 48 - 49)

Kesepuluh : Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."
(Surah al Muzzammil ayat 1 - 6)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT di atas jelaslah kepada kita betapa besarnya kebaikan, ganjaran dan hikmah yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bangun diwaktu malam untuk qiyamulalil dan solat tahajud, berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil. Inilah ciri-ciri ahli syurga dan ciri-ciri mukmin yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT ketika di dunia ini. Oleh itu jadikanlah qiyamulalil sebagai ibadah tambahan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan untuk mendapat balasan syurga di akhirat nanti.;

Semoga allah sentisa bersama kita …....................................ALLAH tahu ap yg kita tak tahu...

Thursday 6 October 2011

Dia Untukku

  Alhamdulillah..diberikan allah kesempatan untuk jari2 ini menaip di warkah tidak bernyawa ini...Assalamulaikum wadah pembangunan ummah...dikesempatan ini ingin rasanya aku mencoret sedikit rasa hati yang kadang-kala sering membelenggu diri ini dan maybe kowt rakan2 yg masih mencari2 dimana sang kumbang anda atau di mana imam anda..hehe.akhirnya aku jumpa jalan penyelesaian.....''DIA UNTUKKU”..tak pernah aku terfikir untuk mencoretkan kalam ini..tetapi rancangan semanis kurma pada malam kelmarin amat menyentuh hati sanubari ini..ok I start the story k...bermula seawal pg kelmarin aku membuka fb...then time tue aku terlihat page dimana imam muda ashraf dan isterinya akn menjadi tetamu undangan program semanis kurma...seriously aku mmg tak pernah tngk program tue kalo ader pown maybe sekali 2....tue pown aku tak ingat tajuk apa...tapi mlm kelmarin hatiku terpanggil untuk menyaksikan program itu..nk tahu knape..ok aderr 3 sebab knapa aku nk sgt tgk program tue.

1.Of cOz Tajuk program tue “Dia Untukku''
2.A ku nak sgt tgk isteri Imam Muda Ashraf
3.Aku nk sgt tgk citer tue supaya aku dapt guide line tok cari imam aku plak...

   Mesti korg terfikir ehh gatal sgt plak budak nie nk cari boyfriend..hello aku bkn gatal sgt k..tapi aku nk cari ilmu didada agar aku dapat mencari imam aku dunia n akhirat...nak tahu knapa aku ckp mcm tue ok time aku tgk semanis kurma tue korg tau sapa yg teman aku..dalam umh aku ader 10 org termasuk aku la kan..6 budak melayu,3 india n 1 cina..hah we all stu malaysiakan..tp tue tak pntg..juz nk bg tau sorg budk cina n 3 org bdk india tue la yg teman aku tgk semanis kurma...hah mesti korg tak percaya kan tapi itulah hakikat...walaupun secara tak langsung tapi aku tgk diorg bg feedback yg baik siap tanya aku lagi zila awk nie gatal sgt..dah nk kawin ker.macm mana calon awk tue...hahaha..rasa klaka jer...aku nie boyfriend pown tak der cam ner la nk kawin..tapi diorg ar wat aku terfikir betol gak cam ner nk kawin nie boyfried pown tak der..huahuahua..ehhh perlu ker aku menangis..Tak perlu k...sebab jodoh tue Allah dah tetapkan sejak di loh mahfuz lg....yang kita mampu lakukan ialah berdoa semoga berjumpa dengan jodoh yg terbaik untuk diri kita...

   Owh lupa nk ckp aku rasa kan..bkn ap yg korg rasa..isteri imam muda tue amat lembut org nya,dari air mukanya aku pasti dia adalah daripada golongan yg baik2 dan yang paling penting diorang tak pernah bercinta k dan berkawin pas tue baru bercinta..indahnya ...seawl perkenalan sudah menterbiah diri..kita plak cam ner..?? Huallah Hualam...mmg sgt sesuai mereka ber2 tue.Ustazah Husna dan Ustaz Ashraf....Me......??..haha aku letak tanda soal tue untuk mencari jawapan..macam la ader yg nk tolong jawabkn kan...k la bio aku jawabkan....tidak perlu mencari suami semulia Nabi Muhammad S.A.W,Setampan Saidina Ali kerana yg aku inginkan hanya lah seorg suami yg soleh,penyejuk di mata,penenang dihati,dengannya aku rasa disyangi,dengannya aku rasa mencintai dan dengannya aku rasa syurga milik kami..inshaallah..inshaallah...
                                                
                                                 Jalan-jalan pergi ke Taman
                                           Nak pilih Jodoh biarlah yang beriman

    Hah pandai pulak kan aku berpantun..hehe..tue gak pantun semanis kurma mlm kelmarin la nie....Berbalik pada program tue ap yg aku pelajari pada hari ini..Elakkan maksiat..kerana maksiat mengundang kermukaan illahi..bila allah tak redha..jodoh tak kn berpanjangan...carilah redha ibu bapa kerana disitu letak kebahagiaan,nk kawin bukan setakat sehari due ttpi untuk ke syurga yang hakiki...sebelum mencari lelaki yg soleh cubalah untuk menjadi yang solehah..Allah telah jenjikan lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik ..oleh itu persiapkan diri agar berjumpa cinta yang hakiki tapi jangan dilupa cinta pada Ya RoBBi..hati IKHLAS pasti berbalas.Bersangka baik pada ALLAH, inshaallah ALLAH akan bersangka baik pada kita...

    Kesimpulannya...untuk berharap ''Dia Untukku'' mulakan dengan berdoa pada allah agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yg soleh serta berilmu dan Beriman..Berusaha mencari keredhaan allah  di dalam setiap apa yang kita lakukan,membuat istikharah dalam mencari jodoh dan bertawakal kepada Allah agr dipertemukan dengan insan yg menyayangi kita hingga ke syurga firdausi...inshaallah....inshaallah..amin ya rabbala alamin..sekadar perkongsian bg mereka yg mencari guide line untuk  calon suami....termasuk la saya..oleh itu rakan2...skema plak...tak kira la kita nie dah ader ke belum ker yg pasti berdoa dan terus berdoa....inshaallah Allah tahu apa yang kita tak tahu....sekian wasalam........