Tuesday, 1 May 2012

yA Allah Istiqomahkan Aku Di Jalan-mU


     

          Assalamualaikum...hampir 3 bulan lamanya I tidak meninggalkan apa2 coretan di warkah yang bisu ini....entah kEnapa hari nie terdetik di hatiku untuk mencoretkan sedikit rasa hati....Rasa yang tidak tahu untuk digambarkan dengan kata2...Diri ini hanya mampu untuk bersyukur pada kehadrat illahi kerana telah memberi terlalu banyak rezeki pada diriku tika ini....ALLAH maha pengasih dan maha penyayang...Alhamdulillah sgt2 dengan rezeki yang ALLAH bg...tanpa rezeki itu mungkin diri ini masih terkapai2 mencari hala tuju diri....

      First thing that I want to share of u is I terpilih diantara salah seorang AJK tertinggi Majlis Mahasiswa Islam kat kolej..I memegang tanggungjawab sbg AJK biro kebajikan.If u see the jawatan tue biasa2 jer kan tapi bagi I nie adalah tanggungjawab yang besar.i bukan keja untuk mendapat nama atau punya perasaan riak,takbur atau ujub..bangga dengan jawatan yang I pegang tapi for our information the thing is about amanah,about tangungjawab,about kejujuran..thats way masa kakak yang amat2 I sayangi mencadangkan nama I.I takut kalau I akan jadi tak bertanggungjawab, I takut untuk memikul tanggunjawab nie.i takut mempunyai persaan membangga diri...coz ini berkaitan amanah...amanah bukan perkara yang harus kita buat main2.tapi bila I teringgat kata2 ustazah mlm tue tanggungjawab is jihad..i jadi bersemangat untuk bersama MMI..Syukur alhamdulillah juga dimana dengan izin ALLAH I dapat kwn2 yang sentiasa support I to do a jihad.antaranya anis,azie,k.faziani,k.ecah,k.za,k.zai,k.wani and k.mardhiah n ramai lagi yang la yang always bediri di blakang I ..diorg la pemangkin semangat I untuk terus berada di landasan ini...All about I do this job is only ALLAH.. I know tanpa izin ALLAH sesuatu perkara itu tidak akan berlaku...bg I ramai lagi yang layak untuk dapat jawatan tue tapi mungkin takdir ALLAH untuk memberi ujian pada hambanya..I just terfikir maybe ALLAH nak uji I..Nak tgk sejauh mana I boleh menerima ujian nya...just berdoa dalam hati “ Ya ALLAH jika ini adalah yang terbaik untuk diri ku permudahkan lah,tapi jika payah untuk aku hadapinya engkau tunjukkanlah jalan bagi ku”.terimbau kembali kata2 seorang adik yang kuhormati kerana ALLAH ''Segala perkerjaan yang kita buat dengan sabar inshaallah ALLAH akan balas ganjarannya"...

     Even pown I not have experience to do a program tapi I try to do it..I try cabar diri I tok do the progam bersama ajk yang lain.the first program that I do is malam bacaan yassin,malam penghayatan and qiamulail...kalo tengok the progam is biasa2 jer kan..tapi a lot of thing that I must to do..terlalu byk pengalaman yang I kutip..Macam mana nak wat proposal,macam mana nak attract pelajar to join program n yang paling penting sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang datang.Kalo nk explain satu persatu agak payah kerana ia melibatkan fizikal n mental.Tanpa sokongan ahli2 MMI antaranya ialah Aimi,Alif,zahidah,khairul,zabidi,rizqi,syukri dan are-fiq maybe program in tidak dapat dijalankan.Alhamdulillah allah sentiasa membantu kami.walau sesukar mana pown alhamdulillah allah memberi kami ruang untuk berfikir,bersabar n yang paling penting semangat berkerjasama n saling bantu-membantu yg ditunjukkn oleh semua ahli2...thankz to ALLAH alhamdulillah......N alhamdulillah yang sgt2 kerana program dapat dijalankan dengan jayanya..cuma yng mana terkurang kami memohon ribuan ampun n maaf diatas kekhilafan sepanjang kami melaksanakan progam tersebut..terima kasih juga diatas kerjesama yang ditunjukkn oleh para perserta yng sanggup untuk datang menghadirkan diri bagi bersama2 menjayakn progaram kami..semoga apa yg dilakukan mendapat syafaat di sisi ALLAH s.w.t...inshallah....thats all from me.....FINAL EXAM!!!!!!!!!! 3 WEEKS ONLY...=(....MOGA2 ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSANKU.....^^___*V

Monday, 12 March 2012

Rencah Kehidupan.





   Aku bukan manusia yang pandai bermain dengan kata2..Hakikatnya aku masih lagi mentah dalam menyusuri kehidupan ini..even pown aku dah berumur 21 tahun 3 bulan aku masih lagi kurang matang dalam berhadapan dengan sesuatu situasi..yang pasti aku nie cepat cengeng lebih mudah cepat sgt nak nangis.aku pown tak pasti kenapa aku begini..kadang2 aku cuba untuk menjadi kuat tapi sebenarnya aku tak la kuat mana pown..aku mencuba untuk menjadi lebih baik.aku berusaha untuk menjadi manusia yang lebih menghormati kawan2 aku..tapi kadang-kala aku tak tahu kenapa atau dimana silapnya hingga kawan membenci diri ini.Adakah kerana aku sering terlepas cakap n perbuatan..aku tak sure sgt..Tapi yang pasti setiap perkara yang berlaku dalam diri ini aku pasti banyak sangat hikmah yang aku dapat..dari mula perjalan hidup aku yang beronak berduri rupanya allah gantikan sesuatu yang lebih memberi keberkatan pada diri ku ini..Hanya allah je tahu bertapa bersyukur diri ini kerana Allah always give me a right way..alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.


   The point is ini yang membuatkan aku yakin bahawa aku tak boleh merungut dan terus merungut..sekurang2 apa yang berlaku dalam kehidupan ini semuanya telah allah tetapkan..cuma kita yang harus bersikap positif and yakin tidak allah menjadikan sesuatu perkara jika dia tahu kita tak mampu untuk hadapi.so banyak mana pown dugaan yang allah beri pada kita kita harus lah berlapang dada,tersenyum dan bersyukur dengan segala2 ketentuannya..inshaallah pasti ader kemanisan terhadap setiap perkara yang berlaku..

  Ingin sekali aku memetik sebuah ayat dari Al Quran Nur Qarim surah Al Baqarah ayat 133 “Dan Bersegeralah Kamu Mencari Ampunan Dari Tuhanmu Dan Mendapatkan Syurga Yang Seluas Langit Dan Bumi Yang Disediakn Bagi Orang-Orang Yang Bertaqwa..”So kesimpulanya jika kita rasa kita selalu bersalah dalam tindak-tanduk yang sure kadang2 kita tak perasankan so setiap hari minta ampun dengan allah cepat2 n minta maaf kat orang yang kita selalu terlebih cakap dengan orang tersebut.jangan tangguh2..coz kita tak tahu bile ALLAH nak tarik nyawa kita.Lagi pown bukan kena bayar pown kalo nak minta maaf..benda tue la paling senang nak buat tapi bagi sesetangah orang amat susah untuk kita lakukan..apa pown sentiasalah fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita,orang lain and sesiapa sajalah...jadi manusia yang terbaik inshaallah kita akan beroleh syafaatnya..

Friday, 6 January 2012

Ai Shi Teru Ya Allah

Assalamualaikum..hehe post terbaru entry saya ai shi teru ..tinta ini bukan dikarang oleh saya tapi ia dikarang oleh pemilik sebenar tinta ini..saya tak pasti saper tapi ia adlah keluaran oleh Akademik Tarbiah  DPMM...Indahnya islam bila kita mampu mencoretkan kata2 dakwah yang bermakna untuk tatapan umum...Mashallah...Sebenarnya sungguh indah kurniaan tuhan pada kita....We have brain to think good or wrong....We have eyes for seeing...We have hand to writting n typing....We have leg to walking n We have ear for hear whatever but make sure not  "umpatan".......so apakah dengan itu menjadikan kita hamba yang tidak bersyukur dengan apa kurnian tuhan....oleh itu saya persembahkan ai shi teru.......so credit tok akademik Tarbiah DPMM atas perkongsian bermanfaat ini..........maaf coz ader unsur2 plagarism...aisshh tergeliat lidah saya menyebutnya...huallah hualam.......

.Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime". Walaupun perkataan ini
berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.
Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah;
"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar. Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan oleh sesiapa.
Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.
Bukti Cinta Kepada Allah
Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kita ucapkan. Adakah cukup sekadar kita melafaskan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak. Apabila kita melafazkan cinta, maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan.
Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu disertai dengan bukti. Lalu bagaimana bukti itu dapat diperlihatkan?
"Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia..."
Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya. Hatinya tenteram dan bertaman bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa mengingati dan merindui Allah. Di dalam Surah Ar Ra'du ayat 28, Allah menjamin kepada manusia yang mengingatinya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...".
Ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa bila hati kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan menjad tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa, "Orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka..." (Al Anfaal:2).
Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai "zikrullah" - mengingati Allah. Walaupun kedua-duanya berhasil zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?Sebenarnya bukanlah ia bermaksud hati orang beriman itu berubah-ubah dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama, iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar.
Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia, yakni hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat berhubung dengan Allah Taala serta memahami maksud ujian tersebut.
Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati berhubung dengan Tuhan, timbul rasa cemas dengan dosa yang dilakukan kepadaNya. Rasa gementar itu juga boleh berhasil dari rasa kagum dengan kehebatan Allah Taala, setelah menyaksikan kehebatanNya mencipta alam dan cakerawala, lalu apabila ayat dibacakan kepadanya tiba-tiba hati manusia menjadi gementar. Hal ini pasti berlaku kepada orang beriman yang hatinya itu sentiasa mencintai Allah. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tidak berbalas dan tidak dipedulikan.
Firman Allah Taala (bermaksud), "Sesungguhnya orang-orang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka". (Al Mukminun:57-60).
Dari Aisyah R.A.h berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini (Al Mukminun:57-60). Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?
Baginda S.A.W menjawab, "Tidak wahai Humairah, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedeqah, dan pada masa yang sama hati merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima Allah. Mereka ini adalah orang-orang yang bersegera dalam amal kebaikan".
Maka jaminan Allah kepada hati hambaNya yang mengingatiNya, rasa tenang dan rasa gementar. Dan realitinya orang bercinta akan menurut segala kemahuan sang kekasih walaupun mereka serba-serbi kekurangan pada masa itu. Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
"Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah..." (Al Baqarah:165)
Maka, tanda orang bercinta kepada Allah ialah iman yang benar di dalam hati, iaitu mempercayaiNya dengan sesungguhnya tanpa lelah dan rungutan, tanpa ingkar dan pendustaan. Itulah cinta, cinta itu adalah percaya, bukannya nafsu.
Hakikatnya, mencintai Allah itu lebih mudah daripada mencintai manusia. Cinta manusia bersyarat, tetapi cinta Allah selamanya. Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki. Bahkan kita yang dituntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Oleh itu, tadahlah tangan kalian dan mengucapkan ai shi teru kepada Allah. Semoga dengan itu kita tergolong di kalangan hamba yang dicintai olehNya. Seorang pujangga memberitahu :
Jika kamu berikan hatimu yang kudus kepada manusia, dia boleh melukai dan menghancurkannya. Tetapi sekiranya kamu berikan hatimu yang hancur luluh itu kepada Allah, Dia pasti akan memperbaikinya..."