Saturday, 10 December 2011

Masa silam yang kelam


Bismillahirahmanirahim......Dengan nama allah yang maha pengasih dan lagi penyayang..Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa.Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dan dosa....

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,pastikan hari ini bangkit Bertahajud merintih memohon keampunan daripada illahi.Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah AKAL terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu Al-Quran dan Hadis....

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah manuju illahi sentiasa maju kehadapan. Moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati Anugerah Syurga Abadi...

No comments:

Post a Comment