Monday, 12 March 2012

Rencah Kehidupan.





   Aku bukan manusia yang pandai bermain dengan kata2..Hakikatnya aku masih lagi mentah dalam menyusuri kehidupan ini..even pown aku dah berumur 21 tahun 3 bulan aku masih lagi kurang matang dalam berhadapan dengan sesuatu situasi..yang pasti aku nie cepat cengeng lebih mudah cepat sgt nak nangis.aku pown tak pasti kenapa aku begini..kadang2 aku cuba untuk menjadi kuat tapi sebenarnya aku tak la kuat mana pown..aku mencuba untuk menjadi lebih baik.aku berusaha untuk menjadi manusia yang lebih menghormati kawan2 aku..tapi kadang-kala aku tak tahu kenapa atau dimana silapnya hingga kawan membenci diri ini.Adakah kerana aku sering terlepas cakap n perbuatan..aku tak sure sgt..Tapi yang pasti setiap perkara yang berlaku dalam diri ini aku pasti banyak sangat hikmah yang aku dapat..dari mula perjalan hidup aku yang beronak berduri rupanya allah gantikan sesuatu yang lebih memberi keberkatan pada diri ku ini..Hanya allah je tahu bertapa bersyukur diri ini kerana Allah always give me a right way..alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.


   The point is ini yang membuatkan aku yakin bahawa aku tak boleh merungut dan terus merungut..sekurang2 apa yang berlaku dalam kehidupan ini semuanya telah allah tetapkan..cuma kita yang harus bersikap positif and yakin tidak allah menjadikan sesuatu perkara jika dia tahu kita tak mampu untuk hadapi.so banyak mana pown dugaan yang allah beri pada kita kita harus lah berlapang dada,tersenyum dan bersyukur dengan segala2 ketentuannya..inshaallah pasti ader kemanisan terhadap setiap perkara yang berlaku..

  Ingin sekali aku memetik sebuah ayat dari Al Quran Nur Qarim surah Al Baqarah ayat 133 “Dan Bersegeralah Kamu Mencari Ampunan Dari Tuhanmu Dan Mendapatkan Syurga Yang Seluas Langit Dan Bumi Yang Disediakn Bagi Orang-Orang Yang Bertaqwa..”So kesimpulanya jika kita rasa kita selalu bersalah dalam tindak-tanduk yang sure kadang2 kita tak perasankan so setiap hari minta ampun dengan allah cepat2 n minta maaf kat orang yang kita selalu terlebih cakap dengan orang tersebut.jangan tangguh2..coz kita tak tahu bile ALLAH nak tarik nyawa kita.Lagi pown bukan kena bayar pown kalo nak minta maaf..benda tue la paling senang nak buat tapi bagi sesetangah orang amat susah untuk kita lakukan..apa pown sentiasalah fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita,orang lain and sesiapa sajalah...jadi manusia yang terbaik inshaallah kita akan beroleh syafaatnya..