Tuesday 22 November 2011

Perkongsian Bersama

 

Soalan 1
Boleh tak jikalau kita mengumpat atau mendengar atau berprasangka dan mempercayai sesuatu berita mengenai keburukan seseorang itu sehingga kita membencinya walaupun dia tidak pernah cari pasal dengan kita?
Jawapan 2
   ish..ish.. janganlah kita terjebak dalam agenda syaitan yang selalu membisikkan agar kita sering bermusuhan antara satu sama lain. Bahkan bila diselidik rupa-rupanya berita itu hanya khabar angin sahaja. Kita patutlah risaukan diri kita jika kita mempercayainya apa kesan buruk yang akan kita hadapi. Tidak takutkah pahala kita diambil dan diberikan kepada orang yang tekena umpatan tersebut?
  
 Cuba kita fikirkan balik jika kita disituasi orang yang terkena umpatan itu. Bukankah dia akan merasa sedih. Tup tup cerita itu hanya orang yang iri hati dengannya sahaja. Dah senang-senang dia dapat pahala dan kita pula senang-senang dapat dosa.

  Jika ada orang yang ingin memulakan babak fitnah atau mengadu domba cepat-cepatlah cut percakapan dia atau pergi dari tempat itu agar kita terhindar dari kelompok tersebut. Kita haruslah sedar sebenarnya secara tidak sengaja ketika kita membuka keaiban orang diwaktu yang sama Allah juga membuka keaiban diri kita tanpa kita sedari. Sebab itulah Allah maha adil. Harus diingat Allah sentiasa membayar setiap perlakuan kita dengan “cash” didunia tanpa kita sedari dengan pelbagai bentuk dan cara.
  
   Habis tu macamana pula mengumpat yang dibolehkan…ermm… boleh jika hendak dijadikan tauladan tetapi hendklah kita menyembunyikan identiti fulan bin fulan agar kita dapat menjaga maruah dia sebagai manusia dan hamba Allah.


  Sampai begitu sekali ker? Ye… disebabkan mungkin dikemudian hari dia akan bertaubat dan mungkin menjadi lebih baik daripada diri kita. Siapa tahu, semuanya sudah termaktub pada qada dan qadar Allah.
Sepertimana firman Allah:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum(lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tetntu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat, lagi maha penyayang.” (Al-Hujurat;11-12)

Wednesday 16 November 2011

wordless


                                                             
                                                 
          Assalamualaikum.....dengan nama Allah yg maha penyayang n maha pemurah...diberikan kesempatan oleh Allah  untuk aku menaip blog yg ku sygi ini....hari ini keputusn my brother akn keluar tok upsr..hope die akan berjaya..inshaallah....hari ini aku dah rasa semakin teng...n aku berharap ketenangan ini akan sampai bila2...inshaallah..Hope Allah mengampunkan segala dosa2 ku sama ada yg  nampak atau perkara yg tidak aku ketahui...Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan,kesihatan dan juga dugaan demi dugaan yg kau berikan...hope pas nie aku lebih tabah n kuat semangat untuk menghadapi segala dugaan yg allah berikan...aku meredhai segalanya ya allah...Aku berharap mulut ku tidak mengeluarkan kata2 yg boleh menyebabkn aku terhumban ke neraka mu ya allah..teruskanlah aku dengan istiqomah kepada mu ya allah...aku mohon kau tunjukkn aku ke jalan yang lurus yg kau redhai Ya Allah..lapangkan lah dadaku dengan segala tomahan yg aku terima Ya Allah...Semoga aku sentiasa berada dijalan mu semoga aku menjadi hamba yg selalu bersyukur atas nikmat yg kau berikan ya allah...ingat kn aku dengan kata2 ini Ya Allah.
inamaal usri yusra ..sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan........=)bersangka baik pada allah inshaallah allah no what to do.....AMIN.......

Wednesday 2 November 2011

Mengingati Hari Akhirat

   Ibnul Qayyim berkata:"Jika pemikiran seseorang benar ,sudah tentu dia akan memperoleh bashirahnya,iaitu cahaya di dalam hati.Dengan cahaya ini dia dapat mengetahui janji dan ancaman,syurga dan neraka,dan mengetahui sesuatu yang dijanjikan Allah bahawa ini adalah untuk para waliNya atau para musuhnya.

  Dia juga dapat mengetahui orang-orang yang keluar dari kubur untuk memenuhi panggilan kebenaran para
 malaikat  turun dari langit lalu mengepung mereka,Allah datang menurunkan singgahsanaNYA untuk melaksanakan hukuman.Bumi memencarkan cahayanya,buku catitan diletakkan,para nabi dan syuhadak dihadirkan,timbangan diturunkan,orang-orang yang saling bermusuhan dikumpulkan,orang yang berhutang ditenukan dengan orang yang memberi hutang,orang ramai yang kehausan sangat ramai.Jambatan dihamparkan lalu orang-orang disuruh menyeberanginya,orang-orang yang jatuh ke dalamnya sgt ramai,begitu pula orang-orang yang selamat darinya.
 Dengan cara seperti ini hatinya akan segera terbuka dan seakan-akan dia dapat menyasikan semuanya itu dan menghadirkan pemandangan tentang hari akhirat ke hatinya,dia tahu kekalan akhirat dan kehancuran dunia....

Ya Allah berikanlah hidayah kepadaku...jauhkan aku dari kejahilan..dan tunjukkn aku jalan kebenaran.....Ampun kan dosa2 ku Ya ALLAH......