Tuesday 22 November 2011

Perkongsian Bersama

 

Soalan 1
Boleh tak jikalau kita mengumpat atau mendengar atau berprasangka dan mempercayai sesuatu berita mengenai keburukan seseorang itu sehingga kita membencinya walaupun dia tidak pernah cari pasal dengan kita?
Jawapan 2
   ish..ish.. janganlah kita terjebak dalam agenda syaitan yang selalu membisikkan agar kita sering bermusuhan antara satu sama lain. Bahkan bila diselidik rupa-rupanya berita itu hanya khabar angin sahaja. Kita patutlah risaukan diri kita jika kita mempercayainya apa kesan buruk yang akan kita hadapi. Tidak takutkah pahala kita diambil dan diberikan kepada orang yang tekena umpatan tersebut?
  
 Cuba kita fikirkan balik jika kita disituasi orang yang terkena umpatan itu. Bukankah dia akan merasa sedih. Tup tup cerita itu hanya orang yang iri hati dengannya sahaja. Dah senang-senang dia dapat pahala dan kita pula senang-senang dapat dosa.

  Jika ada orang yang ingin memulakan babak fitnah atau mengadu domba cepat-cepatlah cut percakapan dia atau pergi dari tempat itu agar kita terhindar dari kelompok tersebut. Kita haruslah sedar sebenarnya secara tidak sengaja ketika kita membuka keaiban orang diwaktu yang sama Allah juga membuka keaiban diri kita tanpa kita sedari. Sebab itulah Allah maha adil. Harus diingat Allah sentiasa membayar setiap perlakuan kita dengan “cash” didunia tanpa kita sedari dengan pelbagai bentuk dan cara.
  
   Habis tu macamana pula mengumpat yang dibolehkan…ermm… boleh jika hendak dijadikan tauladan tetapi hendklah kita menyembunyikan identiti fulan bin fulan agar kita dapat menjaga maruah dia sebagai manusia dan hamba Allah.


  Sampai begitu sekali ker? Ye… disebabkan mungkin dikemudian hari dia akan bertaubat dan mungkin menjadi lebih baik daripada diri kita. Siapa tahu, semuanya sudah termaktub pada qada dan qadar Allah.
Sepertimana firman Allah:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum(lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tetntu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat, lagi maha penyayang.” (Al-Hujurat;11-12)

No comments:

Post a Comment